Thursday, December 30, 2010

Perutusan Tahun Baru Ketua Pegawai Eksekutif Bidara Flour Sdn Bhd

Assalamu’alaikum wrt wbt,

Pertamanya, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran kepada Allah swt kerana di atas taufiq dan ‘inayahNya kita masih lagi diizinkanNya untuk terus hidup di tahun baru Hijriyyah 1432 dan tidak lama lagi tahun baru Masehi 2011. Harapan saya moga tahun baru yang kita sambut ini akan menjanjikan seribu kebaikan dan kesejahteraan buat kita semua. Juga tidak lupa doa kita moga sisa-sisa hidup kita yang tinggal akan terus mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Kita juga perlu bersyukur kerana masih kekal dalam usaha untuk mempertingkatkan ekonomi ummah dengan tumpuan kepada perniagaan tepung gandum, bidang perniagaan yang seolah-olah dilupakan oleh umat Islam.

Setelah menempuh lebih 6 bulan bidang perniagaan ini secara aktif, bermula dari kosong, berkat bantuan dan doa semua pihak, Bidara Flour kini semakin maju dan terus berkembang. Pesanan dan pujian diterima sabanhari menandakan keperihatinan ummah dalam perjalanan syarikat yang antara satu-satunya pembekal Muslim makanan asasi ini di dalam negara.

Kita semua bertanggungjawab untuk memastikan perniagaan ini akan terus maju sebagai memenuhi amanah fardhu kifayah dan menjadi kebanggaan ummah kelak.

Pihak syarikat berjanji akan melihat semua masaalah dengan teliti dan mencari jalan sebaik mungkin untuk mengatasinya. Kita sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah gudang yang lebih besar dan sesuai, mesin dan operator yang lebih cekap, kawalan mutu yang lebih sistematik, kawalan serangga yang lebih kemas dan berkesan, dan penghantaran produk mengikut jadual.

Akhir kata, sama-sama kita mendakap amanah dan memikul tugas demi kesejahteraan kita bersama. Selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

DEMO MASAKAN CHEF LIZA DI KARNIVAL HALAL SELANGOR





Bidara menaja tepung untuk Chef Liza untuk Demo Masakan di Karnival Halal Selangor di Masjid Negeri Selangor pada hari jumaat-ahad, 24-26 Disember 2010. Chef membuat 6 jenis masakan menggunakan tepung keluaran Bidara Flour. maklumat lanjut mengenai chef lawat laman web beliau.

BIDARA @ APA KATA WANITA TV 1 (LIVE)





Bidara menaja hamper penonton dalam program APA KATA WANITA bersama Zamzarina, LIVE di TV1 pada hari Sabtu 18 Disember 2010 jam 12.00 tgh - 01.00 ptg.
maklumat lanjut layari blog akw dalam tajuk kahwin! kahwin! kahwin!.

BERSAMA BENGKEL ANIS





"sudah terbukti kehebatan tepung bidara" kata CFN
Bidara menaja tepung bidara untuk BENGKEL ANIS bersama Chef Faizal Ng (CFN) di Intekma Resort Sec 7 Shah Alam pada 18 Disember 2010 (Sabtu). Chef mengajar 10 jenis roti, pizza bun, split bun, potato bun, sweet cherry bun, garlic bun, custard bun, yellow river bun, twist bun, sugar stick bun dan mexican coffee bun. maklumat lanjut tentang kursus boleh layari kursus uli-uli roti dan untuk maklumat lanjut chef boleh layari laman web beliau di www.cheffaizalng.com

bertemu lagi di kursus bengkel anis yang akan datang.

BIDARA DI KARNIVAL IKTIRAF PUTRAJAYA



Bidara menaja tepung yang digunakan Chef Yang Jamil pada Demo Masakan di Karnival IKTIRAF Putrajaya, 10-12 Disember 2010. Pada masa yang sama seramai 10.000 orang berjalan untuk Walk4Gaza yang dilepaskan oleh mantan PM,Dr Mahathir, daripada Masjid Putra ke tapak karnival yang juga tempat chef buat demo masak. orang ramai beratur panjang untuk menikmati sajian chef pada petang itu.

Thursday, November 18, 2010

Temui Bidara di MAHA2010



Temui kami di booth B032 Hall B, di Pameran MAHA2010 Serdang. Bidara akan mengambil bahagian dalam pameran makanan terbesar di Malaysia.

Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010.
Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia.
MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

Friday, October 29, 2010

Memperkenalkan Produk Baru : CAP DUKU



Bidara Flour Sdn Bhd memperkenalkan produk barunya iaitu Tepung Gandum CAP DUKU yang akan memenuhi keperluan medium protien. Cap Duku mengandungi minima 11% protin. Pemilihan Cap Duku sesuai dengan kehendak kerajaan yang menginginkan produk-produk tempatan berjenama buah-buahan tempatan dapat diketengahkan dalam pasaran dalam negeri dan global.
Dapatkannya sekarang, telefon pejabat 03-55114612.

Tuesday, October 26, 2010

PENGHANTARAN KE KILANG ROTI SIHAT





Bidara Flour telah menghantar 150 guni sebagai penghantaran pertama ke Kilang Roti Sihat keluaran Early Bird Sdn Bhd, Kepong. Penggunaan tepung keluaran bidara amat sesuai dengan keperluan bahan roti sihat yang mementingkan kualiti yang tinggi.

Lebih lanjut mengenai Roti Sihat layari www.lebanonbread.com

Roti sihat berasal dari Roti Lubnan yang telah wujud sejak lebih seribu tahun dan merupakan makanan asasi utama penduduk di Timur Tengah dan juga di negara-negara Mediterranean. Ia merupakan roti asli tanpa minyak dan paling baik untuk kesihatan kita.

Roti Sihat mudah disediakan pada bila-bila masa dan tempat tanpa penyediaan memasak. Anda hanya mengisikannya dengan bahan-bahan yang anda suka. Roti Sihat akan menaikkan rasa asli serta kelazatannya dan sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Sungguh cepat, mudah dan enak.

Sunday, October 24, 2010

PENGHANTARAN KE KILANG MEE KUNING CIK SITI






Penghantaran ketiga Tepung Cap Ceri ke Kilang Mee Kuning Cik Siti di Sungai Plong, Sungai Buloh. Penggunaan tepung kami yang tidak menggunakan bahan peluntur warna, benzoyl peroxide menjadikan produk ini lebih selamat dan baik untuk kesihatan seterusnya menepati kehendak Halalan Thayyiban. Kami merakamkan penghargaan kepada pihak cik siti kerana menggunakan produk keluaran orang islam.

lebih lanjut tentang mee kuning ini, sila layari www.meeciksiti.blogspot.com

Produk Mee Kuning yang dikeluarkan Cik Siti Sdn Bhd adalah bebas daripada e-coli. Ini berdasarkan kepada kajian makanan yang dilakukan oleh Permulab dengan mengambil sampel daripada kilang mee Cik Siti. Kajian ini penting bagi menjamin mee yang dikeluaran cik siti menepati piawaian makanan yang ditetapkan. Pihak Cik Siti telah mengambil langkah ini kerana ingin menjaga kualiti dan pemnawaran produk yang boleh memenuhi permintaan di pasaran. Jika dilihat mee kuning lain yang tahan lama sehingga seminggu walaupun tidak disimpan dalam peti ais sememangnya mee tersebut mempunyai tahap kandung bahan kimia atau bahan pengawet yang tinggi membolehkan mee bertahan lama.

Saturday, July 31, 2010

Berita Terbaru

Beberapa perkembangan menarik Syarikat Bidara Flour dalam masa terdekat:

  • Tepung Gandum Cap Bidara kini boleh didapati di Pasaraya Mydin dan Stokis-Stokis HPA


  • Tepung baru keluaran Bidara Flour, Tepung Gandum Cap Ceri (untuk kegunaan am) boleh diperolehi mulai Ogos 2010


  • Iklan Tepung Gandum Cap Bidara akan diterbitkan dalam Harakahdaily, Harakah, Sinar Harian, dan Radio Ikim sepanjang Ramadhan ini.






Jangan lupa ikuti perkembangan lanjut! Tepung gandum makanan harian kita. Pilih yang halal dan terbaik. Tepung Gandum Cap Bidara, Tepung Gandum Pilihan Anda!